Isnin, 30 November 2009

GEW PID BANDAR TUN RAZAK 2009

Karnival Usahawan Sosial PID kembali lagi pada tahun ini. Ianya telah diadakan di PID BandarTun Razak pada 16 - 21 November 2009. Pelbagai aktiviti yang diadakan pada minggu tersebut. Antaranya adalah Bengkel, Lawatan, Pameran dan Jualan Produk Usahawan, Pertandingan Mewarna, Masakan dan Gubahan. Bengkel disertai seramai 10 orang peserta. Pada 21 November 2009 iaitu hari sabtu merupakan hari kemuncak karnival serta Majlis Perasmian dan Penutup.

(HARI PERTAMA)
AKTIVITI 1 : BENGKEL PENGENALAN INTERNET & EMAIL

TARIKH : 16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : PID BANDAR TUN RAZAK

BIL PESERTA : 10 ORANG

KETERANGAN PROGRAM:-
  • Pengurus memberi penerangan mengenai internet, email dan keperluannya.
  • Setiap peserta membuat email masing-masing.
  • Seramai 10 orang peserta terlibat.

AKTIVITI 2 : BENGKEL FACEBOOK
TARIKH : 16 NOVEMBER 2009
MASA : 11.30 PAGI

TEMPAT : PID BANDAR TUN RAZAK KETERANGAN AKTIVITI

BIL PESERTA : 10 ORANG

KETERANGAN PROGRAM:-

  • Peserta mempelajari facebook, kini peserta dapat mencari kenalan dan mendapat maklumat dari facebook, selain itu mereka juga mempelajari memasukkan gambar dan macam-macam info yang ingin mereka bincangkan.
  • Mereka juga dapat mengenali usahawan di merata tempat yang telah mendaftar di pusat internet desa di Semenanjung Malaysia ini.


AKTIVITI 3 : BENGKEL PENGENALAN MAYBANK2U & CIMB CLICKS
TARIKH : 16 NOVEMBER 2009
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : PID BANDAR TUN RAZAK
KETERANGAN PROGRAM:-

  • Pengurus memberi penerangan mengenai perkhidmatan pembankan secara online.
  • Peserta di beri pendedahan mengenai Maybank2u, CimbClicks.
  • Pengurus menunjukan cara pembayaran bil astro, ptptn, pindahan wang, bayaran pinjaman kenderaan, kepada peserta.



(HARI KE-2)

AKTIVITI 4 : BENGKEL DST
TARIKH : 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)
TEMPAT : PID BANDAR TUN RAZAK, PAHANG

BIL PESERTA : 10 ORANG
KETERANGAN PROGRAM:-
  • Penerangan mengenai Digital Story Telling.
  • Peserta berminat untuk mempelajari DST.
  • Peserta di beri masa selama 1 jam sambil di bantu oleh pengurus dan penolong pengurus.
  • Mereka di minta mencipta DST sendiri.

AKTIVITI 5 : LAWATAN KE PROJEK TANAMAN CENDAWAN TIRAM
TARIKH : 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : PROJEK TANAMAN CENDAWAN

KETERANGAN PROGRAM:-

  • Seramai 10 orang peserta membuat lawatan di projek tanaman cendawan tiram.
  • Pengusaha memberi peluang kepada peserta untuk masuk ke rumah cendawan.
  • Peserta di beri penerangan oleh pengusaha mengenai cara menanam dan penjagaan.
  • sesi pertanyaan di ajukan kepada pengusaha.




(HARI KE-3)
AKTIVITI 6 : LAWATAN KE KILANG KEROPOK
TARIKH : 18 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : KILANG KEROPOK MAK AJI

KETERANGAN PROGRAM:-
  • 8 orangpeserta telah pergi melawat kilang keropok MAK AJI di felda keratong 5
  • Peserta di beri peluang melihat keropok di proses
  • Selain itu peserta juga di beri peluang untuk mencuba proses pembuatan keropok ini
  • Ini merupakan pengalaman yang amat menarik bagi kelab KUS.
  • Sebelum balik pihak pengusaha menjamu kami dengan keropok lekor panas.
  • Tidak ketinggalan juga bekalan untuk di bawa balik

(HARI KE-5 )
AKTIVITI 8 : LAWATAN PERUSAHAAN JELI KELAPA MUDA DAN SATA
TARIKH : 19 NOVEMBER 2009
MASA : 11.00 PAGI

TEMPAT : PERUSAHAAN JELI KELAPA MUDA
KETERANGAN PROGRAM :-
  • Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana jeli di proses.Memandangkan permintaan terhadap jeli kelapa muda ini semakin meluas. Sama ada pada majlis perkahwinan, hari raya, dan bulan puasa serta hari-hari biasa.
  • Pengusaha juga mempunyai produk lain seperti keropok crispy rempah, popia sata, dan juga sata tradisional.
  • Beliau Berjanji akan mengajar Kelab Usahawan Sosial mengenai cara membuat Jeli Kelapa.



(HARI KE-4)
AKTIVITI
7 : KELAS MEMBUAT NASI BERIANI DAN MUFFIN
TARIKH : 19 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SAWARI

KETERANGAN PROGRAM:-

  • Atas permintaan Kelab Usahawan Sosial. Mereka ingin mempelajari masakan Nasi Beriani dan muffin coklat.
  • Kami telah meminta Puan Fadilah Mansor untuk mengajar mereka.
  • Kelas di adakan di perusahaan SAWARI felda keratong 4.
  • Seramai 8 Orang telah terlibat di dalam kelas ini.



AKTIVITI 9 : LAWATAN KE BUTIK ANDAMAN & SPA SARIMAH
TARIKH : 20 NOVEMBER 2009 (JUMAAT)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : SARIMAH ANDAMAN
BILANGAN : 12 ORANG








( HARI KE-6 )
AKTIVITI 10 : MAJLIS PENUTUP GEW 2009
TARIKH : 21 NOVEMBER 2009 (SABTU)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : PID BANDAR TUN RAZAK
  • PAMERAN PRODUK DAN JUALAN
  • PERTANDINGAN GUBAHAN DAN MASAKAN
  • PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK 6-9 TAHUN
  • PERTANDINGAN MENAIP TERPANTAS
  • CABUTAN BERTUAH
  • PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA BENGKEL
  • PENYAMPAIAN HADIAH
  • PERASMIAN DAN PENUTUP







Tiada ulasan:

Catat Ulasan